Pelik ya , duit RM 50 kelihatan begitu besar untuk dibawa ke kotak derma di masjid tapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.
Pelik ya, 30 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk satu cerita di televisyen.
Pelik ya, betapa lamanya masa satu jam di masjid tapi betapa cepatnya masa berlalu saat menonton wayang di panggung
Pelik ya, tak sampai 30 minit dengan kutbah jumaat dah rasa mengantuk tapi tak pernah puas dengar lagu kesukaan kita walaupun dah ulang dua tiga kali kaset tersebut
Pelik ya , dengar dan lihat iklan jualan murah dalam tv,radio @ di papan ?papan iklan rasa tak sabar-sabar nak pergi membeli belah tapi dengar laungan azan berat rasa nak menyegerakan solat
Pelik ya , pasar malam jauh sanggup naik kereta pergi tapi masjid dekat rumah rasa berat pula kaki
Pelik ya, susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat tapi betapa mudah mencari bahan bersembang dengan kawan-kawan
Pelik ya , betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan semasa pertandingan bola sepak jadi kegemaran kita tapi betapa bosannya bila imam Solat tarawih bulan Ramadan bacaannya lama dan panjang
Pelik ya , rasa susah sungguh nak habiskan al-Quran walau satu halaman tapi majalah dan novel 100 halaman pun habis dilahap.
Pelik ya, ramai orang berebut nak duduk di depan semasa konsert atau menonton bola tapi berebut mencari saf belakang semasa solat jumaat dan tarawih supaya boleh cepat keluar
Pelik ya , susahnya orang mengajak untuk menyebarkan dakwah tapi mudahnya orang menyebarkan gossip
Pelik ya , kita begitu percaya email yang tak betul di internet tapi selalu mempertikaikan apa yang dikatakan al-Quran
Pelik ya , kita sanggup bangun malam untuk menonton perlawanan bola sepak tapi rasa susah sangat nak bangun malam untuk beribadat.
Pelik ya , kita boleh mengirimkan ribuan jenaka dan surat berantai dalam email tapi bila mengirim yang berkaitan dengan ibadah kita berfikir dua tiga kali.
Pelik tak kita ?
Tepuk dada ?
Tanya iman..sama-samalah kita renung diri sendiri
Hello world!
6 years ago
No comments:
Post a Comment